SESI TAKLIMAT PUSAT SUMBER KERJAYA MARA
Pada 26hb Mei 2009 (Selasa), pegawai daripada MARA telah hadir ke Institusi Kemahiran Showme untuk mengadakan taklimat Pusat Sumber Kerjaya MARA bagi pelajar di tahun akhir.
Kami mengucapkan jutaan terima kasih di atas kesudian pihak MARA hadir bagi menerangkan fungsi dan objektif utama penubuhan Unit Pusat Sumber Kerjaya MARA (PSK). Objektif Unit PSK dilihat dapat membantu untuk memberi peluang kepada pelajar di bawah tajaan MARA membuka minda dan mendapatkan maklumat berguna sebelum memasuki alam pekerjaan. Selain itu usaha yang ditunjukkan oleh pihak MARA ini juga dapat membantu pelajar bagi menempatkan diri dalam bidang pekerjaan.
Sekalung penghargaan kami kepada pegawai-pegawai puan yang hadir iaitu:
1. Puan Marlina binti Alias Ali - Unit Pemasaran PSK
2. Puan Ermalawati binti Ali - Unit Urusan Penempatan Kerja
3. Puan Azura binti Hitam - Unit Latihan Graduan
Kami sentiasa mengalu-alukan kehadiran pihak MARA dan menyokong segala usaha yang dijalankan bagi membantu pelajar tajaan MARA.
Sekian, terima kasih.
Pegawai Hal Ehwal Akademik


