Program Ikhlas Hati FL10 Jabatan Kebajikan Masyarakat

Satu Program Ikhlas Hati FL10 Jabatan Kebajikan Masyarakat telah diadakan seperti berikut:
Program: Ikhlas Hati FL10 Jabatan Kebajikan Masyarakat
Tarikh: 16hb Oktober 2010 (Sabtu)
Tempat: Tunas Harapan Darul Hilmi
Anjuran: Institut Kemahiran Antarabangsa Showme bersama Kelas Finix dan Litrix

Program ini merupakan projek mini bagi kelas Finix dan Litrix. Program ini bertujuan untuk memberi pengetahuan dan pendedahan mengenai tanggungjawab sosial serta mengeratkan silaturrahim antara pelajar, staf Showme serta penghuni Rumah Kebajikan Masyarakat.

Antara aktiviti yang dijalankan semasa program tersebut adalah sesi suai kenal,pengendalian komputer, pertandingan puzzle, dan gotong royong.


