SHOWME.COM.MY

Institut Kemahiran Antarabangsa Showme
Subscribe

Pendaftaran Pelajar Showme Kemasukan Januari 2011

January 07, 2011 By: admin Category: Orientasi No Comments →

Terlebih dahulu, kami warga Institut Kemahiran Antarabangsa Showme ingin mengucapkan tahniah dan selamat datang kepada pelajar-pelajar baru bagi sesi pengambilan Januari 2011. Hari pendaftaran dan lapor diri akan diadakan seperti berikut:

Tarikh : 10hb Januari 2011 (Isnin)

Masa : 9.00 pagi

Tempat : Dataran Foyer, Institut Kemahiran Antarabangsa Showme, Kuala Terengganu

Bagi pelajar-pelajar sesi pengambilan Januari 2011 diingatkan supaya membawa kesemua dokumen yang berkaitan sepertimana yang diminta dan berpakaian kemas semasa hadir nanti. Sila pastikan borang

Kami mengalu-alukan kehadiran para pelajar dan ibubapa pada hari tersebut.

Rating 3.00 out of 5
[?]

Sesi Orientasi Intake April 2009

April 16, 2009 By: admin Category: Aktiviti Pelajar, Orientasi No Comments →

Pengambilan pelajar sesi April 2009 untuk program diploma kemahiran telah diadakan pada hari Isnin, 6 April 2009. Seramai 15 pelajar telah melapordiri pada hari tersebut. 6 orang daripadanya memilih untuk menetap di asrama.

Sesi orientasi untuk para pelajar ini bermula pada hari Selasa, 7 April 2009 bertempat di bilik mesyuarat Institusi Kemahiran Showme di Wisma Kokitab. Pada hari pertama, para pelajar diberikan peluang untuk berkenalan diantara satu sama lain melalui sesi ‘ice-breaking’. Kemudian satu lawatan ringkas bertujuan untuk membiasakan pelajar dengan bilik-bilik dan makmal -makmal kuliah. Sebelah petang pula para pelajar didedahkan dengan sistem pembelajaran yang bakal mereka hadapi. Penerangan tentang Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) juga diselitkan. Sebelum sesi berakhir, pelajar di terangkan mengenai pengurangan bayaran balik pinjaman pelajaran.

Hari Rabu, 8 April 2009 pula merupakan hari terakhir sesi orientasi untuk para pelajar ini. Pada sebelah pagi, mereka dihiburkan dengan permainan secara berkumpulan bertujuan mengeratkan lagi silaturrahim dalam ‘batch’mereka. Antaranya, permainan ‘puzzle’,'word games’ dan sesi pembentangan logo kumpulan. Selepas rehat, sesi diteruskan lagi bersama bahagian HEP bagi penerangan berkaitan peraturan dan etika pelajar ketika berada di Institusi Kemahiran Showme ini. Kemudian,majlis bersama pengetua Showme, En.Redzuan diadakan. Pelbagai amanat dan nasihat serta panduan telah diberikan. Majlis diakhiri dengan pemberian cenderamata kepada mereka yang terpilih.

Pada hari Khamis, 9 April 2009, satu taklimat khas telah diadakan. Bertujuan untuk memastikan para pelajar paham cara mengisi borang dan bahagian yang perlu ditandatangan dengan betul. Kemudian para pelajar dilepaskan untuk pulang ke kampung halaman masing sebelum datang kembali untuk memulakan sesi pengajian mereka yang bermula pada 12 April 2009.

Selamat maju jaya!

Pegawai HEP

Institusi Kemahiran Showme

Rating 3.00 out of 5
[?]

Orientasi di Showme

January 20, 2008 By: admin Category: Orientasi No Comments →

One Missed Call movie

Rating 3.00 out of 5
[?]

Login

192.168.1.1