SHOWME.COM.MY

Institut Kemahiran Antarabangsa Showme
Subscribe

Tahniah Kepada Yang Berjaya

December 20, 2011 By: admin Category: Uncategorized No Comments →

Peperiksaan Akhir pelajar Semester 1 telah selesai dengan jayanya pada 19/12/2011 (Isnin) yang lalu bagi verifikasi portfolio dan penilaian kertas Peperiksaan Teori dan Peperiksaan Amali. Tahniah diucapkan kepada semua pelajar yang telah terampil dalam semua penilaian yang dijalankan. Seorang pelajar telah berjaya memperolehi Terampil Cemerlang iaitu Nor Nabihah Binti Abdullah, pelajar Diploma Kemahiran Malaysia Sistem Maklumat. Tahniah diucapkan kepada beliau.

Penilaian dan verifikasi telah dilaksanakan oleh Pegawai Pengesah Luaran (PPL) iaitu En Maidin Bin Omar dari ILP Kuala Terengganu.

Sekali diucapkan tahniah kepada semua yang berjaya!

Tahniah diucapkan kepada semua pelajar yang telah berjaya dalam Peperiksaan Akhir yang telah diadakan pada 19.12.2011 (Isnin) baru-baru ini.

Rating 3.00 out of 5
[?]

Selamat Maju Jaya

December 15, 2011 By: admin Category: Aktiviti Pelajar, HEA, HEP No Comments →

Selamat Maju Jaya kepada semua pelajar yang akan menduduki peperiksaan akhir yang bermula pada 19hb Disember 2011 ini. Semoga anda semua berjaya dengan cemerlang.

Peringatan: Semua pelajar diingatkan membawa bersama kad pengenalan dan kad matrik masing-masing semasa peperiksaan akhir berjalan. Sebarang masalah atau kesulitan sila berhubung terus dengan Ketua Akademik di bahagian HEA.

Rating 3.00 out of 5
[?]

Tahniah Kepada Pelajar DKM Sem 1

October 31, 2011 By: admin Category: Aktiviti Pelajar No Comments →

Peperiksaan Akhir bagi pelajar Diploma Kemahiran Malaysia Semester 1 telah diadakan pada minggu lalu pada 24hb Oktober 2011. Alhamdulillah kesemua pelajar telah berjaya dalam peperiksaan yang diadakan.

Diucapkan ribuan terima kasih kepada Pegawai Pengesah Luaran (PPL) yang telah hadir semasa verifikasi dan peperiksaan yang dijalankan.

Tahniah sekali lagi diucapkan kepada semua pelajar yang berjaya.

Rating 3.00 out of 5
[?]

Peringatan Peperiksaan Akhir Diploma Kemahiran Malaysia

September 11, 2011 By: admin Category: HEA, HEP, Projek Akhir No Comments →

Kepada semua pelajar Semester 6 (Kelas MOZILLA, VISTA dan GFORCE) dan pelajar Tahap 3 (Kelas LUNAR dan ULTEO), Unit Peperiksaan ingin  mengingatkan bahawa tarikh bagi penilaian portfolio & peperiksaan akhir adalah pada 18 September SEHINGGA 20 September 2011 (ISNIN – SELASA). Sila rujuk pada Notis yang ditampal di papan kenyataan untuk maklumat lanjut.

Semua pelajar hendaklah memastikan kesemua dokumen telah dilengkapkan dan PP telah menandatangani semua penilaian terutama RPK masing-masing. Sila pastikan juga Kad Matrik dan Kad Pengenalan dibawa bersama semasa peperiksaan berlangsung.

Unit Peperiksaan turut meminta kerjasama dari Pegawai Penilai dan Tenaga Pengajar agar dapat memantau pelajar dalam penyediaan dan pengemaskinian portfolio untuk dinilai oleh PPL.

Sekian, untuk perhatian dan tindakan pelajar selanjutnya.

Rating 3.00 out of 5
[?]

Tahniah pelajar DKM @ Showme

January 16, 2011 By: admin Category: HEA No Comments →

Pihak pengurusan, pensyarah dan kakitangan Institut Kemahiran Antarabangsa Showme mengucapkan tahniah kepada semua pelajar Diploma Kemahiran Malaysia di Semester 1 dan Semester 6 yang telah berjaya dalam peperiksaan akhir baru-baru ini. Diharap kejayaan hari ini dapat dan telah membentuk satu lagi langkah untuk terus mengecap kejayaan kepada semua pelajar untuk masa akan datang.

Tahniah sekali lagi buat pelajar dari kelas Debian, Dexos, Pandora dan Jnode!!!

Rating 3.00 out of 5
[?]

Peperiksaan Akhir

January 05, 2011 By: admin Category: HEA No Comments →

Makluman kepada semua pelajar Sem 1 dan Sem 6 Institut Kemahiran Antarabangsa Showme, Peperiksaan Akhir Teori dan Peperiksaan Akhir Amali akan bermula pada 9hb – 11hb Januari 2011. Semua pelajar yang terlibat diminta merujuk jadual Peperiksaan Akhir bagi melancarkan dan memudahkan segala urusan Minggu peperiksaan Akhir di Institut Kemahiran Antarabangsa Showme.

Semua pelajar diingatkan untuk membawa dokumen berikut semasa hadir untuk menduduki Peperiksaan Akhir iaitu:

  1. Kad Pengenalan
  2. Kad Matrikulasi

[Perhatian: Pelajar tanpa Kad Pengenalan/Kad Matrikulasi tidak akan dibenarkan mengambil peperiksaan kecuali dengan kebenaran bertulis daripada Ketua Pengawas Peperiksaan.]

Pihak Pengurusan ingin mengucapkan semoga Semua Pelajar berjaya dalam menghadapi Peperiksaan Akhir sesi ini.

Sekian, terima kasih.
KETUA HAL EHWAL AKADEMIK

Rating 3.00 out of 5
[?]

Peperiksaan Akhir Sem 1 – Intake April 2010

October 24, 2010 By: admin Category: HEA No Comments →

Makluman kepada semua pelajar Sem 1 Institut Kemahiran Antarabangsa Showme, Peperiksaan Akhir Teori dan Peperiksaan Akhir Amali akan bermula pada 25hb – 26hb Oktober 2010. Semua pelajar yang terlibat diminta merujuk jadual Peperiksaan Akhir bagi melancarkan dan memudahkan segala urusan Minggu peperiksaan Akhir di Institut Kemahiran Antarabangsa Showme.

Semua pelajar diingatkan untuk membawa dokumen berikut semasa hadir untuk menduduki Peperiksaan Akhir iaitu:

  1. Kad Pengenalan
  2. Kad Matrikulasi

[Perhatian: Pelajar tanpa Kad Pengenalan/Kad Matrikulasi tidak akan dibenarkan mengambil peperiksaan kecuali dengan kebenaran bertulis daripada Ketua Pengawas Peperiksaan.]

Pihak Pengurusan ingin mengucapkan semoga Semua Pelajar berjaya dalam menghadapi Peperiksaan Akhir sesi ini.

Sekian, terima kasih.
KETUA HAL EHWAL AKADEMIK

Rating 3.00 out of 5
[?]

Peperiksaan Akhir Pelajar Sem 3

August 25, 2010 By: admin Category: HEA, Pengurusan No Comments →

TAHNIAH!!!

Seluruh warga Institut Kemahiran Antarabangsa Showme dengan ini mengucapkan TAHNIAH kepada siswa dan siswi Showme bagi Program Sijil Kemahiran Malaysia (Sistem Maklumat & Sistem Komputer) yang telah lulus dengan jayanya dalam Peperiksaan Akhir SKM Tahap 3 dari Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) pada 23 Ogos 2010 – 24 Ogos 2010 dan seterusnya layak bagi menyambung ke DKM Tahap 4.

Pada 23 dan 24 Ogos 2010, verifikasi portfolio dan peperiksaan akhir bagi pelajar Sijil Kemahiran Malaysia (Sistem Komputer & Sistem Maklumat) telah diadakan. Pegawai Pengesah Luaran, Jabatan Pembangunan Kemahiran telah hadir untuk proses verifikasi portfolio dan peperiksaan akhir. Alhamdulillah, pelajar yang menduduki peperiksaan telah lulus dan berjaya.

Sekali lagi, Tahniah! Semoga anda berjaya dan lebih cemerlang dalam pengajian akan datang.

Rating 3.00 out of 5
[?]

Peperiksaan Akhir Pelajar Semester 1 dan Semester 3 Sesi Januari 2009 dan Mei 2008

June 24, 2009 By: admin Category: HEA, Uncategorized No Comments →

TAHNIAH!!!

Seluruh warga Institusi Kemahiran Showme dengan ini mengucapkan TAHNIAH kepada siswa dan siswi Showme bagi Program Sijil Kemahiran Malaysia (Sistem Maklumat & Sistem Komputer) yang telah lulus dengan jayanya dalam Peperiksaan Akhir SKM Tahap 2 dan Tahap 3 dari Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) pada 15 Jun 2009 – 17 Jun 2009 yang lalu dan seterusnya layak bagi menyambung ke SKM Tahap 3 dan DKM Tahap 4.

Pada 15 Jun – 17 Jun 2009 yang lalu, verifikasi portfolio dan peperiksaan akhir bagi pelajar Diploma Kemahiran Malaysia (Sistem Komputer & Sistem Maklumat) dan Sijil Kemahiran Malaysia (Sistem Komputer & Sistem Maklumat) telah diadakan. Pegawai Pengesah Luaran, Jabatan Pembangunan Kemahiran telah hadir untuk proses verifikasi portfolio dan peperiksaan akhir. Alhamdulillah, kesemua pelajar yang menduduki peperiksaan telah lulus dan berjaya.

Sekali lagi, Tahniah! Semoga anda berjaya dan lebih cemerlang dalam pengajian akan datang.

Gambar berikut adalah sekitar verifikasi portfolio dan peperiksaan akhir berjalan..

Rating 3.00 out of 5
[?]

Peperiksaan Akhir

May 02, 2009 By: admin Category: HEA No Comments →

Makluman kepada semua pelajar Sem 1, Sem 3 dan Sem 6 Institusi Kemahiran Showme, Peperiksaan Akhir Teori dan Peperiksaan Akhir Amali akan bermula pada 3hb – 6hb Ogos 2009. Semua pelajar yang terlibat diminta merujuk jadual Peperiksaan Akhir bagi melancarkan dan memudahkan segala urusan Minggu peperiksaan Akhir di Institusi Kemahiran Showme.

Semua pelajar diingatkan untuk membawa dokumen berikut semasa hadir untuk menduduki Peperiksaan Akhir iaitu:

  1. Kad Pengenalan
  2. Kad Matrikulasi

[Perhatian: Pelajar tanpa Kad Pengenalan/Kad Matrikulasi tidak akan dibenarkan mengambil peperiksaan kecuali dengan kebenaran bertulis daripada Ketua Pengawas Peperiksaan.]

Pihak Pengurusan ingin mengucapkan semoga Semua Pelajar berjaya dalam menghadapi Peperiksaan Akhir sesi ini.

Sekian, terima kasih.
KETUA HAL EHWAL AKADEMIK

Rating 3.00 out of 5
[?]

Login

192.168.1.1