SHOWME.COM.MY

Institut Kemahiran Antarabangsa Showme
Subscribe

Have Fun With SmartStudy @ Showme

December 17, 2010 By: admin Category: Acara Sukaneka, Air Terjun Sekayu, Aktiviti Pelajar, Aktiviti Santai, Bantuan Dermasiswa, Bengkel Baiki Handphone, Bengkel Kerjaya Showme, Bengkel Motivasi Osman Affan, Bengkel Persediaan Ke IPTK, Bersama Wakil Industri, Bowling, Chandak Sotong, D'Cakna Ramadhan, Derma Darah, Expo, Festival Hari Guru, Futsal, Gunung Tebu, Hari Raya, HEA, HEP, Intake 2008, Intake Julai 2010, Jawatan kosong, Kalendar, kalendar Akademik, Kalendar Aktiviti, Karnival Memancing Bank Rakyat, Karnival Noor Arfa, Karnival Pendidikan & Kerjaya, Karnival Pendidikan MARA, Kejohanan Sepak Takraw Piala Perpaduan 1Malaysia, Kem Pemantapan Kendiri, Kempen Derma Darah, Kerja Kosong, Komputer, Kongres Pendidikan Nasional, Kursus, Kursus Asas Percuma, Kursus Percuma, Kursus Pra-Perkahwinan, Larian 1Malaysia, Lawatan Sambil Belajar, Majlis Konvokesyen, Motivasi & Teknik Belajar SmartStudy, Orientasi, P1-WiMAX, Pameran Kerjaya Sekolah, Pengurusan, Pertandingan Mewarna, Pesta Buku Peringkat Negeri Terengganu 2010, Pesta Minda 2010, Pinjaman Pendahuluan MARA, Program Ikhlas Hati, Program Juara Rakyat, Program Titian Bestari, Projek Akhir, PTPK, Qiamulail, Rumah Terbuka, Seni Silat Gayong, Showme Club, Showme SmartStudy Tuition Centre, Siswa, Siswi, SmartChild, SmartStudy, testimoni, Tutorial, Uncategorized No Comments →

Program SmartStudy Memory Skills kendalian Encik Osman Affan bagi pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah sedang berlangsung di Institut Kemahiran Antarabangsa Showme, Kuala Terengganu. Program yang bermula jam 8.30 pagi tadi akan berakhir petang ini pada jam 5.30 petang.

Have Fun With SmartStudy guys!!!

Rating 3.00 out of 5
[?]

SmartStudy – Bengkel Hafal Sifir

May 29, 2009 By: admin Category: Motivasi & Teknik Belajar SmartStudy No Comments →

Rating 3.00 out of 5
[?]

Program Khas Untuk Anda Sepanjang Cuti Sekolah

May 14, 2009 By: admin Category: SmartChild No Comments →

Rating 3.00 out of 5
[?]

Program Titian Bestari ‘Motivasi dan Teknik Belajar Smart Study peringkat daerah Kuala Terengganu

February 19, 2009 By: admin Category: Program Titian Bestari No Comments →

Institusi Kemahiran Showme dengan anjuran bersama Yayasan Terengganu, Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu dan Persatuan Mahasiswa Anak Terengganu (PERMATA) telah mengadakan satu program khas kepada pelajar sekolah rendah dan menengah bagi daerah Kuala Terengganu.

Program Titian Bestari – “Motivasi Dan Teknik Belajar SmartStudy” Peringkat Daerah Kuala Terengganu ini telah dihadiri seramai lebih kurang 2000 pelajar Sekolah Rendah (Tahun 4, 5 dan 6) dan Sekolah Menengah (Tingkatan 1, 2 dan 3) seluruh Kuala Terengganu. Maklumat program adalah seperti berikut:

Penceramah jemputan pada hari tersebut adalah Encik Osman Bin Affan. Encik Osman Affan adalah seorang  Professional Trainer dalam bidang Motivasi dan Kemahiran Belajar. Beliau telah mengasaskan SmartStudy pada tahun 2003. Rata-rata semua peserta sangat teruja dengan setiap tips dan teknik belajar SmartStudy yang ditunjukkan oleh Encik Osman Affan.

Rating 3.00 out of 5
[?]

Motivasi Dan Teknik Belajar SmartStudy Bersama Osman Affan

February 02, 2009 By: admin Category: Motivasi & Teknik Belajar SmartStudy No Comments →

Satu kursus ISTIMEWA hanya kepada pelajar Pantai Timur iaitu dari Terengganu, Pahang dan Kelantan akan diadakan di Institusi Kemahiran Showme. Kursus yang dimaksudkan adalah Kursus Motivasi Dan Teknik Belajar Bersama Osman Affan. Kursus ini dibuka untuk sekolah rendah (Tahun 4 – 6) dan sekolah menengah (Tingkatan 1 – 6). Ianya akan dijalankan serentak di mana pelajar sekolah rendah dan menengah belajar bersama. Tidak ada masalah yang akan timbul kerana teknik ini boleh diaplikasi kepada setiap tahap pendidikan.

Encik Osman Affan berpengalaman mengendalikan program-program berbentuk motivasi dan kemahiran belajar sejak tahun 2003. Beliau bukan sahaja mengendalikan program sebegini untuk pelajar-pelajar di peringkat sekolah sahaja, malah di peringkat kolej dan universiti juga.

Kali ini kursus ini akan berada di Kuala Terengganu! Maklumat kursus adalah seperti berikut:

Tempat : Pejabat ShowmeSmartStudy, Institusi Kemahiran Showme

Tarikh   : 14hb Februari 2009, Sabtu

Masa     : 9.00 pagi – 6.00 petang

Yuran    : RM120.00 RM90.00 sahaja

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi kami di talian 09-6227525 atau 013-9317525 (Aida) atau 019-9570808 (Aswadi) atau fax ke 09-6317525 atau email aswadi@showme.com.my dengan segera.  Kadangkala panggilan tidak dapat dijawab kerana program sedang dijalankan. Sila smskan nama dan soalan anda kepada kami dan kami akan hubungi anda semula.

Dapatkan maklumat lanjut di laman web kursus ini di http://seminar.showmesmartstudy.com

Daftar segera kerana tempat adalah terhad dan banyak hadiah yang eksklusif daripada Encik Osman menanti anda!!!

Rating 3.00 out of 5
[?]

Program Titian Bestari – “Motivasi Dan Teknik Belajar SmartStudy” Peringkat Daerah Kuala Terengganu

January 31, 2009 By: admin Category: Program Titian Bestari No Comments →

Institusi Kemahiran Showme dengan anjuran bersama Yayasan Terengganu, Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu dan Persatuan Mahasiswa Anak Terengganu (PERMATA) akan mengadakan satu program khas kepada pelajar sekolah rendah dan menengah bagi daerah Kuala Terengganu.

Program Titian Bestari – “Motivasi Dan Teknik Belajar SmartStudy” Peringkat Daerah Kuala Terengganu ini akan diadakan secara PERCUMA

kepada 2000 pelajar Sekolah Rendah (Tahun 4, 5 dan 6) dan Sekolah Menengah (Tingkatan 1, 2 dan 3) seluruh Kuala Terengganu. Maklumat program adalah seperti berikut:

Tarikh : 13hb Februari 2009 (Jumaat)

Masa : 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari

Tempat : Dewan Besar, Wisma Darul Iman

Penceramah jemputan pada hari tersebut adalah Encik Osman Bin Affan. Encik Osman Affan adalah seorang  Professional Trainer dalam bidang Motivasi dan Kemahiran Belajar. Beliau telah mengasaskan SmartStudy pada tahun 2003. Kini, beliau adalah pelatih professional dan juga usahawan yang mempunyai perniagaan sendiri di dalam bidang pendidikan. Selain mengendalikan perniagaan beliau, beliau banyak membuat program-program kemahiran belajar dan motivasi di peringkat sekolah, kolej dan universiti.

Program ini juga akan dirasmikan oleh YB Ahmad Razif Bin Abd. Rahman iaitu Pengerusi, Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi Dan Sumber Manusia Negeri.

Kepada yang berminat untuk menyertai program ini, hubungi kami di talian 09-6227525 atau 013-9317525 (Aida) atau 019-9570808 (Aswadi) atau fax ke 09-6317525 dengan segera.

Rating 3.00 out of 5
[?]

Program Motivasi Bersama En Osman Affan

December 23, 2008 By: admin Category: Kursus No Comments →

Hari ini satu program motivasi Kursus SmartStudy Learning Skills bersama Encik Osman Bin Affan telah diadakan di Institusi Kemahiran Showme. Seramai 45 orang peserta seluruh Negeri Terengganu telah hadir ke program ini. Ada yang datang dari Dungun, Paka, Besut, Marang, Bukit Payong dan sekitar Kuala Terengganu.

The Tournament rip

Pendaftaran bermula pada jam 8.30 pagi dan tepat jam 9.10 pagi program dimulakan dengan sesi pengenalan antara peserta dengan Encik Osman yang lebih dikenali sebagai Cikgu Osman sepanjang program tersebut.

Program sepanjang hari itu terbahagi kepada 4 bahagian iaitu Bina minda pelajar cemerlang, SmartStudy Memory Skill Part 1 & Part dan Teknik konsentrasi.

Rating 3.00 out of 5
[?]

Login

192.168.1.1