Majlis Rumah Terbuka Institusi Kemahiran Showme
Institusi Kemahiran Showme telah mengadakan Majlis Rumah Terbuka sempena Hari Raya Aidilfitri pada 22hb Oktober 2008 bersamaan 22 Syawal 1429. Ini merupakan majlis sambutan Aidilfitri yang pertama yang diadakan di lokasi baru kami iaitu di Tingkat 1, Wisma KOKITAB.
Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar dan sukses. Kami telah menerima pujian daripada banyak pihak yang hadir dan ini merupakan penghargaan kepada kami. Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat samada secara langsung atau tidak langsung dalam merancang dan melaksanakan majlis ini dengan lancar dan teratur.
Kami juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua tetamu jemputan yang hadir dan tidak lupa juga kepada semua pelajar dan kakitangan Institusi Kemahiran Showme. Kami turut ingin mohon maaf sekiranya ada sebarang kelemahan atau kekurangan pada majlis tersebut.
Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Maaf Zahir & Batin.
