SHOWME.COM.MY

Institut Kemahiran Antarabangsa Showme
Subscribe

Kem Kemantapan Kendiri 2009

January 26, 2009 By: admin Category: Aktiviti Pelajar, Kem Pemantapan Kendiri No Comments →

Pada 15hb Januari sehingga 17hb Januari 2009, satu Kem Kemantapan Kendiri 2009 telah diadakan di Taman Pertanian Negeri di Sekayu. Kem tersebut telah dikendali dan dirancang oleh pelajar Diploma Kemahiran Malaysia, Sistem Maklumat Semester 3 iaitu kelas Solaris yang juga merupakan projek mini kelas tersebut dengan penyeliaan daripada Penyelia Projek, Encik Mohd Suhaimi.

Kem selama 3 hari 2 malam itu disertai oleh 49 orang pelajar Institusi Kemahiran Showme dan diiringi 6 orang guru pengiring serta 12 orang fasilitator dari kelas Solaris sendiri. Pelbagai program menarik yang diadakan sepanjang kem tersebut seperti berkayak, ‘Susur Gelita’, ‘Burung Pungguk’, ‘Jungle Tracking’, ‘Malam Kebudayaan’ dan ‘Sukaneka’.

Pada hari terakhir kem, Pengetua Institusi Kemahiran Showme telah dijemput bagi majlis penutup. Menurut tuan pengetua, kem yang dikendalikan oleh pelajar kelas Solaris sebagai projek mini mereka merupakan satu kejayaan dan beliau berbangga dengan mereka. Majlis tamat sekitar jam 4.00 petang dan semua pelajar bertolak balik ke Kuala Terengganu pada jam 5.00 petang.

Tahniah sekali lagi kepada semua pelajar Solaris dan Penyelia Projek!!!

Rating 3.00 out of 5
[?]

Air Terjun Sekayu – Aktiviti Pelajar Showme

January 20, 2008 By: admin Category: Aktiviti Pelajar, Gunung Tebu No Comments →

Rating 3.00 out of 5
[?]

Login

192.168.1.1