Institut Kemahiran Antarabangsa Showme dengan kerjasama Jabatan Pembangunan Kemahiran Wilayah Timur (JPK Wilayah Timur) dan Wakil Industri (Alam Creative Supplies) telah mengadakan satu bengkel di SMK Tengku Bariah, Kuala Terengganu. Berikut merupakan info bengkel tersebut:
Nama Program: Bengkel Persediaan Ke IPTK
Tarikh: 14hb Oktober 2010
Waktu: 12.30 tengahari sehingga 1.50 petang
Tempat: Dewan SMK Tengku Bariah
Slot yang pertama mengenai Pengenalan Institut Kemahiran Antarabangsa Showme telah disampaikan oleh Cik Aida Liana, Eksekutif Pemasaran Showme. Slot kedua adalah daripada Jabatan Pembangunan Kemahiran di mana telah disampaikan oleh YM Tg Mohamad dan slot ketiga pula, adalah berkenaan peluang pekerjaan di mana telah disampaikan oleh En Hirfarisyam Ismail daripada Alam Creative Supplies.

Cik Aida Liana memberikan taklimat mengenai Pengenalan Institut Kemahiran Antarabangsa Showme

En Hirfarisyam Ismail memberikan taklimat berkenaan Peluang Pekerjaan

YM Tg Mohamad daripada JPK Wilayah Timur memberikan taklimat mengenai peingtirafan Diploma Kemahiran Malaysia daripada JPK


Pelajar-pelajar Ting5 dan Ting6 yang telah menghadiri Bengkel Persediaan Ke IPTK
Kami, wakil daripada Institut Kemahiran Antarabangsa Showme ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat terutamanya kepada YM Tg Mohamad (JPK Wilayah Timur), En Hirfarisyam Ismail (Alam Creative Supplies), Puan Noor Aza (Kaunselor SMK Tengku Bariah) dan pelajar-pelajar Ting 5 serta Ting 6 SMK Tengku Bariah kerana telah memberikan kerjasama yang sewajarnya kepada kami. Semoga kita dapat meneruskan lagi kerjasama seperti ini di masa lain.